ENGLISH | MALAY | CHINESE | THAI

Talian pertanyaan Madam Chiam 012-4833189 perkhidmatan dan susulan percuma







Ingin Mengetahui Fungsi Limpa?
Limpa merupakan 'ibu' untuk lima organ dalam badan kita serta sumber 'qi’ dan darah. Limpa adalah lymphatic organ yang terbesar dalam badan dan memainkan peranan yang penting dalam pelbagai  fungsi badan kita. Ia berfungsi sebagai penyaring darah tua, kuman,dan bacteria dari darah, penyimpan dan penghasil  sel darah merah dalam badan kita, menghasilkan lymphocyte, menyeimbangkan lemak dan menyimpan zat besi untuk mempertahankan serta memperkuatkan kekebalan badan. Limpa juga membantu pencernaan makanan dan penyerapan intisari makanan yang berkhasiat dalam perut seterusnya menyalurkan kepada semua bahagian badan untuk mempertahankan fungsi organ lain.

Jika limpa lemah ia tidak dapat membantu mencerna makanan dan tidak dapat menyerap intisari makanan yang berkhasiat dalam badan kita dan fungsinya akan terancam serta menyebabkan ketidakselesaan dan cairan tidak beraliran, sehingga menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti:

Darah tinggi, kencing manis, anemia, kolesterol tinggi, kepala rasa berat, asma, batuk berkahak, perut mengembung, tahi cecairan, keinginan untuk muntah, kegemukan, tidak dapat tidur lena serta sentiasa bermimpi dan lain-lain.
Sebaliknya jika limpa sihat, badan akan disuburkan dengan secukupnya, rasa bertenaga, meningkatkan keimunan dan antibody, bibir merah kilat serta muka berseri-seri.


Kebanyakan orang berpendapat apabila badan seseorang lemah, ia memerlukan tonik dan makanan yang berkhasiat

Konsep ini betul pada umumnya, tapi jenis tonik atau vitamin yang diambil mestilah betul. Oleh kerana itu, penting menguatkan fungsi limpanya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tonik atau vitamin yang lain. Limpa yang sihat akan menghasilkan kesihatan untuk sepanjang umur. Seperti  pepatah mengatakan ‘baik menjaga limpa daripada mengambil sebarang vitamin’.

Photo Sharing